Tuesday, 29 May 2012

Simple Fish Pie

Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua. semoga sihat-sihat selalu. Hari ini, ibu dan Aisya masak Fish Pie versi kami. Sangat simple, sangat mudah tetapi sangat menyelerakan. Resepi ini sahabat-sahabat boleh saja dapatkan di internet. banyak versi yang semuanya sangat menyelerakan. Resepi ini adalah olahan saya yang gelojoh nak siap cepat. heeee

Di UK, mereka kategoikan Fish Pie ni sebagai comfort food. Jadi hati-hati takut-takut terhabiskan satu dish. =D

FISH PIE

 Cara-caranya pula:
1. Tumis bawang bersama butter
2. Masukkan tepung kacau selama 30 saat sebelum masukkan susu perlahan-lahan---> kacau sehingga hilang 'lumpy'
3. Masukkan sayur-sayuran (brokoli,carrot,sweetcorn,coriander)
4. Perisakan dengan garam dan black pepper----> kuah akan menjadi lebih likat(creamy)---> kacau selama lebih kurang 6/8 minit. (sehingga kuah menjadi likat)---> api jangan terlalu kuat
5. Masukkan ikan dan masak beberapa minit (6-7 minit)
6. Siap, masukkan ke dalam ovendish

Topping: [Aisya minat buat bahagian ni]
1. Rebus kentang didalam air yang ditambah sedikit garam sehingga lembut.
2. Lenyek(mash) kan kentang bersama susu dan butter
3. Perisakan dengan garam dan black pepper.
4. Ratakan 'Mash potato' di atas 'filling' dan taburkan cheddar cheese
5. Bakar pada suhu 180 sehingga topping keperangan.

Sedia untuk di makan!!

Happy cooking =)



Monday, 28 May 2012

Jadual Home Learning kami.


Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. 

Apa khabarsahabat semua? Maafkan saya kerana lama sangat biarkan blog 10jarikecil ini bersawang. tidak tahu apa yang dikalutkan.

Namun, kali ini saya ingin kongsikan tentang Jadual Home Learning kami. Ada sahabat yang bertanyakan, suka untuk saya sama-sama share di sini. 



Mornin
Afternoon
Evening
Monday
language
Creative
Islam
Tuesday
Problem solving
physical
language
Wednesday
Knowledge of the world
Personal/social
Shopping/outdoor/playdate
Thursday
creative
islam
Problem solving
Friday
islam
Knowledge of the world
language
Saturday
Personal/social
language
Physical/ family time
Sunday
islam
Family time
Family time

Jadual yang saya cuba susunkan tidak terlalu padat. kualiti lebih baik dari kuantiti bukan?



Berikut merupakan pecahan kepada setiap slot: Semoga semua boleh nampak. Ini size terbesar boleh buat. =) dari mind map di bawah, saya berusaha mempelbagaikan aktiviti merangkumi semua pecahan tersebut.














 Untuk setiap aktiviti, saya akan update dari semasa kesemasa di blog ini. selalulah singgah dan kejutkan saya ni yang asyik terlalai dan terlambat update blog.










Rujukan utama: The Muslim Parents Guide to the early years (umm safiyyah bint Najmaddin)---> buku ini saya sangat rekemen untuk semua parents.penulisan agak santai tetapi detail untuk permulaan kepada homelearning. Jika ada sahabat yang mahukan buku ini, saya boleh dapatkan insyaALLAH.



Semoga bermanfaat. Please do print or copy as you like. It would be my pleasure, jika linkkan kepada kami supaya we can together spread the words. Doakan kami berjaya di dunia dan di akhirat insyaALLAH. =)


Tuesday, 19 July 2011

My Ramadhan...Ahlan wa sahlan Ramadhan

Assalamualaikum wbt dan salam sayang.. semoga sentiasa sihat-sihat selalu...

Ramadhan...MasyaALLAh lagi beberapa hari lagi menjelang Ramadhan... sudah bersediakah kita? bagaimana kondisi mental dan emosi? sememangnya nampak mudah sahaja puasa... tidak perlu makan dan minum ..kemudian buka puasa..pergi terawih. Namun kita mahukan LEBIH dari itu. jika boleh kita mahukan Ramadhan yang kualiti..penuh manfaat, bukan sahaja buat diri kita sendiri, malah kepada seluruh keluarga dan insan sekeliling. Sebagai contoh; ada juga insan yang masih tidak dapat menahan kemarahannya semasa bulan puasa. dan ada juga insan yang berjaya membuat perubahan. lebih sabar dan tenang. Ini yang kita harapkan insyaALLAH.

Bagaimana persediaan kita untuk anak-anak agar Ramadhan mereka juga turut berkualiti dan penuh manfaat? [saya tidak dapat melakukan praktikalnya lagi, namun saya cuba untuk sampaikan beberapa aktiviti yang boleh dilaksanakan, berdasrkan pengalaman saya sebagai anak suatu ketika dahulu dan juga sumber internet.insyaALLAH.




Subhanallah Alhamdulillah saya jumpa satu website ini yang penuh dengan aktiviti buat anak-anak. Malah aktiviti yang diberikan adalah mengikut hari. Maka sepanjang bulan Ramadhan sudah tersedia aktiviti buat mereka. Terdapat 30 Lesson Plans untuk dilaksanakan bersama anak-anak. Selain daripada itu, untuk satu hari pula, dibahagikan juga kepada beberapa pecahan aktiviti. Maka ibu bapa boleh pecahkan aktiviti-aktiviti ini kepada PAGI,TENGAHHARI dan PETANG.

Selain itu, ingin juga saya kongsikan beberapa aktiviti yang dekat di hati ini.

1. Masak bersama-sama untuk juadah berbuka puasa. sebagai kanak-kanak suatu masa dulu, saya selalu juga ditugaskan untuk buat air. Saya suka buat air oren. selain itu, ada juga air soya dan dicampur dengan air cincau. memang seronok. lebih-lebih lagi air memang laku masa buka puasa. Cuba libatkan sedikit anak-anak dalam aktiviti memasak.

2. Selain itu, Kami adik-beradik juga gemar menghantar kad hari raya kepada rakan-rakan, tok,wan dikampung. Kemudian tidak ketinggalan kami menghias rumah dengan kad-kad hari raya yang kami dapat. Ibu bapa juga boleh selitkan aktiviti ini sepanjang aktiviti. Malah kita boleh buat kad hari raya sendiri. Minta anak-anak tuliskan ucapan selamat berpuasa dan selamat hari raya, mohon kemaafan dan hantarkan kepada keluarga jauh di Malaysia [buat yang berada di perantauan].

3. Pergi solat teraweh dimasjid. Tidak kira kecil mana anak anda, cuba untuk membawa mereka ke masjid. Masjid adalah untuk semua. semasa zaman rasulullah, tidak pernah baginda marah anak-anak di dalam masjid. Namun kita boleh nyatakan kepada anak-anak yang telah faham, agar beradab dan berakhlak sepanjang berada di masjid.

4 Buat Kuih RAya!! ini merupakan masa yang dinanti-nantikan semasa ramadhan. terdapat beberapa resepi simple yang mudah dilaksanakan oleh anak-anak: biskut choc chip, bickut cornflakes, biskut mazola [kita bancuhkan dan mereka boleh buatkan bola-bola]---> jika berkesempatan saya akan tuliskan resepi.

5. Beli baju raya!! [ibu bapa boleh benarkan anak-anak untuk membuat pilihan sendiri. sangat mengujakan]


 Untuk semua aktiviti-aktiviti di atas, perkara penting adalah untuk ibu bapa selitkan [tidak perlu terlalu tertekan untuk memberikan lecture dan sebagainya] cuba berikan intipati ramadhan itu sendiri secara bersahaja dan santai. ceritakan erti ramadhan. apa peristiwa semasa bulan ramadhan contoh, turunnya al-quran, lailatulqadar.


semoga bermanfaat buat semua. SALAM RAMADHAN


Saturday, 16 July 2011

Pretend Play

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seringkali kita melihat anak-anak kita menggunakan remote TV dan menjadikkannya telefon. Malah lebih lucu melihat mereka bercakap-cakap melalui remote TV itu. Anak-anak semakin mereka membesar, mereka akan sering mencari celah untuk mempraktikkan apa yang mereka lalui sepanjang melihat tingkah laku orang dewasa. sebagai contoh, mereka akan cuba memasak apabila kita berikan mereka senduk dan periuk. mereka akan menjadi doktor, mereka akan menjadi pemandu bas, mereka juga akan menjadi ibu kepada anak-anak teddy bear dan pelbagai lagi.

Saya tidak berniat untuk menulis panjang mengenai kepentingan dan faedah Pretend Play ini. Tetapi suka untuk saya kongsikan satu artikel yang sangat bagus berkaitan hal ini:

When your child engages in pretend (or dramatic) play, he is actively experimenting with the social and emotional roles of life. Through cooperative play, he learns how to take turns, share responsibility, and creatively problem-solve

Pretend play helps your child understand the power of language. In addition, by pretend playing with others, he learns that words give him the means to reenact a story or organize play

Full artikel: The Importance of Pretend Play Encourage your child to use her imagination — it’s not just fun, but builds learning skills too!

Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan:


1. Bermain doktor: anda boleh menjadi pesakit atau boleh gunakan teddy bears sebagai pesakit. Jika tiada set permainan doktor, tiada masalah, boleh gunakan kertas/kain perca untuk dijadikan bandage, selotape digunakan untuk membalut 'bandage'. gunakan sudu/picagari untuk memberi ubat. Untuk lebih menarik, pakaikan anak anda baju kemeja anda/suami untuk melambangkan dia adalah doktor.

2. Main masak-masak: tidak semestinya perlu ada set dapur. Boleh juga gunakan apa sahaja yang ada di rumah: pinggan, mangkuk, cawan, sudu,garfu plastik. Simpan kotak-kotak makanan seperti kotak cereal, kotak biskut. Malah anda boleh membuat dapur anda sendiri, seperti yang dilaksanakan oleh sahabat saya. [masyaALLAH sangat kreatif]. Gunakan kotak besar, tampalkan bentuk bulat dan empat segi untuk melambangkan hob dan oven. [sukar juga untuk menceritakan dalam bentuk tulisan. mungkin satu hari saya perlu membuat set dapur saya sendiri untuk anakanda] =)

semasa bermain boleh selitkan etika-etika: seperti cakap 'please'.. cakap 'thank you' dan pelbagai lagi.


3. Jadi bird, Jadi astronout, jadi pemandu bas,

Semoga bermanfaat!

Silly Walks

Assalamualaikum dan salam ceria..

Kadang-kala ada masa saya tak tahu nak buat aktiviti apa... lagi menambah bersalah di hati jika cuaca di luar cerah, dan saya biarkan mereka di dalam rumah. Inilah peluangnya untuk melakukan aktiviti fizikal. dan bila cerah di luar dan tak tahu nak beraktiviti apa, mula lah keluar aktiviti yang agak kreatif.. =) apa-apa pun, Badan cergas, otak cerdas!!

Jadi saya ingin kongsi aktiviti kreatif ini yang kami berikan nama: SILLY WALKS

Apa yang di perlukan:
1. Komitmen masa
2. Hati yang ceria
3. Lagu: optional
4. Sedikit halaman

Aktiviti:
1. Anda mulakan dengan menunjukkan gaya berjalan yang pelbagai sebagai contoh yang saya gunakan: how monkey walks, how duck walk, atau anda boleh cipta sahaja cara jalan anda.
2. minta anak anda lakukan.
3 minta anak anda pula mulakan dan anda ikut.
4. pasangkan lagu yang ceria sepanjang permainan.
5. selang selikan dengan cara jalan yang sepatutnya: with clear instruction: NOW WE DO THE RIGHT WAY TO WALK atau pun, HOW MUSLIM WALK, atau guna nama anakanda anda: bagaimana husna berjalan?



INSYAALLAH ianya pasti menceriakan hari anda. untuk anak yang lebih dewasa: selitkan juga pesanan LUKMANUL HAKIM kepada anaknya:







Berjalanlah sebagai mana yang disarankan dalam Islam. Tidak terlalu laju, tidak terlalu perlahan seperti orang lemah. Bersederhana.

Treasure basket

Assalamualaikum wbt... dan salam sejahtera..

Lama juga tidak mengupdate aktiviti-aktiviti bersama anak-anak. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman yang ditimba semasa kami anak beranak turut serta dalam 'Baby and Toddler' group berdekatan dengan rumah kami ini. Ianya adalah Tresure Basket.

Adakah anak anda sama macam anakanda saya yang suka makan tisu, suka jilat remote Tv? perkara ini memang normal buat semua anak-anak. Mereka lebih tertarik dengan objek yang boleh dikoyak, di goncang, dipunggah, objek yang kasar atau pun ada tekstur yang berlainan. Terdapat banyak info yang boleh kita dapati dari internet. tentang faedah, dan idea-idea untuk membuat tresure basket.

What is the purpose of treasure baskets?

Treasure baskets have been used for decades by childcare professionals as a means of teaching young babies how to select, touch, taste and feel. It's a refreshingly simple idea but one that seemingly works to delight and inspire little eyes, ears and mouths - enriching their experience of objects around them and helping them to gain confidence in making decisions. The Montessori teaching method is largely based on learning through touch, taste and sound and has proven that children can really benefit from learning in this way.

The best time to introduce a treasure basket

Babies of all ages can appreciate the sensory delights of a basket, as long as it contains the right type of objects for their age. Babies from 3 months will love watching a jar roll to and fro (fill it with beads or anything that makes a noise to enhance their experience) whilst an 8 month old will adore a loofah they can pick out and crawl after or a whisk they can bang against a bowl. It's also important to get the timing right - a tired baby will get bored of the experience relatively quickly whilst using objects they can't touch will simply cause frustration.

[sumber: Netmum ]

                                                    
                                                   
Apa yang diperlukan untuk aktiviti ini adalah:
1. bakul, ataupun bekas tupperware besar,
2.bahan tresure basket

Ibu bapa terlebih dahulu menyediakan tresure basket ini. Boleh buat tresure basket berkenaan senduk [masukkan dalam basket pelbagai jenis senduk, senduk besi, kayu, plastik], tresure basket berkenaan fabrik [ baldu, berlabuci, satin, organza, silk, ], tresure basket berkenaan bekas2 tupperware [sediakan pelbagai bentuk dan saiz berserta penutup], tresure basket berkenaan buah-buahan [isikan buah apple separuh yang telah dipotong, oren yang telah dipotong berserta kulit, ---->gunakan tupperware instead of basket], malah anda boleh campurkan bahan-bahan.

Ibu bapa tidak perlu tunjukkan bagaimana untuk bermain dengan bahan-bahan tersebut. kita berperanan sebagai pemantau. pastikan dia sentiasa selamat. selebihnya biarkan mereka mengexplore bahan-bahan tersebut dengan gembiranya. =)

Antara bahan yang digemari oleh anakanda,
*kunci,berus gigi, senduk, stokin berisi bijirin, periuk belanga, cawan plastik, sudu plastik, acorn, bola tennis, sepit baju dan bermacam-macam lagi

Bahan-bahan ini seperti berus gigi, bola tennis, saya beli yang baru di Pound Shop atau anda mungkin boleh dapatkan dimana-mana sahaja kedai murah. tidak perlu untuk mengeluarkan duit yang banyak untuk aktiviti ini.

p/s: pastikan bahan yang disediakan selamat insyaALLAH.

semoga bermanfaat



Tuesday, 21 June 2011

oh my mini helper

Bismillahirrahmanirrahim

Diteratak kecil kami, kini ada 2 puteri. dan kedua-dua puteri ni lah anak kami setakat ini..[putera belum lagi.] Maka puteri ni biasalahhh banyak segala-galanya.. our chatterbox...our soap opera...dan semestinya our little mini helper...[tak kiralah helpnya menjadi help atau sebaliknya...]

Untuk kali ini, tiada aktiviti khusus.Namun artikel kali ini merupakan aktiviti yang dekat di hati saya. semasa saya kecil, ayah dan bonda sudah meletakkan tanggungjawab ke atas kami semua adik beradik. saya masih ingat, semasa saya darjah 2 saya perlu iron baju sekolah sendiri, kumpul dan basuh baju sendiri, basuh pinggan sendiri..namun selalu juga kami 'lungguk'=kumpul, nanti bonda amik la baju-baju kami dan basuh..hekhek..


This is our little helper, masyaAllah, bless her little heart


Pada usia anak-nak masih kecik kita boleh lentur mereka untuk menjadi our little helper. hal ini dapat membentuk mereka juga insyaAllah untuk menjadi khalifah yang suka membantu, bertanggungjawab, bercommon sense dan banyak lagi peribadi yang dianjurkan dalam islam.

Suka untuk saya kongsikan artikel ini: Children and Household chores [panjang namun bermanfaat insyaAllah]


warmest salam buat semua