Saturday 16 July 2011

Pretend Play

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seringkali kita melihat anak-anak kita menggunakan remote TV dan menjadikkannya telefon. Malah lebih lucu melihat mereka bercakap-cakap melalui remote TV itu. Anak-anak semakin mereka membesar, mereka akan sering mencari celah untuk mempraktikkan apa yang mereka lalui sepanjang melihat tingkah laku orang dewasa. sebagai contoh, mereka akan cuba memasak apabila kita berikan mereka senduk dan periuk. mereka akan menjadi doktor, mereka akan menjadi pemandu bas, mereka juga akan menjadi ibu kepada anak-anak teddy bear dan pelbagai lagi.

Saya tidak berniat untuk menulis panjang mengenai kepentingan dan faedah Pretend Play ini. Tetapi suka untuk saya kongsikan satu artikel yang sangat bagus berkaitan hal ini:

When your child engages in pretend (or dramatic) play, he is actively experimenting with the social and emotional roles of life. Through cooperative play, he learns how to take turns, share responsibility, and creatively problem-solve

Pretend play helps your child understand the power of language. In addition, by pretend playing with others, he learns that words give him the means to reenact a story or organize play

Full artikel: The Importance of Pretend Play Encourage your child to use her imagination — it’s not just fun, but builds learning skills too!

Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan:


1. Bermain doktor: anda boleh menjadi pesakit atau boleh gunakan teddy bears sebagai pesakit. Jika tiada set permainan doktor, tiada masalah, boleh gunakan kertas/kain perca untuk dijadikan bandage, selotape digunakan untuk membalut 'bandage'. gunakan sudu/picagari untuk memberi ubat. Untuk lebih menarik, pakaikan anak anda baju kemeja anda/suami untuk melambangkan dia adalah doktor.

2. Main masak-masak: tidak semestinya perlu ada set dapur. Boleh juga gunakan apa sahaja yang ada di rumah: pinggan, mangkuk, cawan, sudu,garfu plastik. Simpan kotak-kotak makanan seperti kotak cereal, kotak biskut. Malah anda boleh membuat dapur anda sendiri, seperti yang dilaksanakan oleh sahabat saya. [masyaALLAH sangat kreatif]. Gunakan kotak besar, tampalkan bentuk bulat dan empat segi untuk melambangkan hob dan oven. [sukar juga untuk menceritakan dalam bentuk tulisan. mungkin satu hari saya perlu membuat set dapur saya sendiri untuk anakanda] =)

semasa bermain boleh selitkan etika-etika: seperti cakap 'please'.. cakap 'thank you' dan pelbagai lagi.


3. Jadi bird, Jadi astronout, jadi pemandu bas,

Semoga bermanfaat!

No comments:

Post a Comment