Saturday 16 July 2011

Silly Walks

Assalamualaikum dan salam ceria..

Kadang-kala ada masa saya tak tahu nak buat aktiviti apa... lagi menambah bersalah di hati jika cuaca di luar cerah, dan saya biarkan mereka di dalam rumah. Inilah peluangnya untuk melakukan aktiviti fizikal. dan bila cerah di luar dan tak tahu nak beraktiviti apa, mula lah keluar aktiviti yang agak kreatif.. =) apa-apa pun, Badan cergas, otak cerdas!!

Jadi saya ingin kongsi aktiviti kreatif ini yang kami berikan nama: SILLY WALKS

Apa yang di perlukan:
1. Komitmen masa
2. Hati yang ceria
3. Lagu: optional
4. Sedikit halaman

Aktiviti:
1. Anda mulakan dengan menunjukkan gaya berjalan yang pelbagai sebagai contoh yang saya gunakan: how monkey walks, how duck walk, atau anda boleh cipta sahaja cara jalan anda.
2. minta anak anda lakukan.
3 minta anak anda pula mulakan dan anda ikut.
4. pasangkan lagu yang ceria sepanjang permainan.
5. selang selikan dengan cara jalan yang sepatutnya: with clear instruction: NOW WE DO THE RIGHT WAY TO WALK atau pun, HOW MUSLIM WALK, atau guna nama anakanda anda: bagaimana husna berjalan?



INSYAALLAH ianya pasti menceriakan hari anda. untuk anak yang lebih dewasa: selitkan juga pesanan LUKMANUL HAKIM kepada anaknya:







Berjalanlah sebagai mana yang disarankan dalam Islam. Tidak terlalu laju, tidak terlalu perlahan seperti orang lemah. Bersederhana.

No comments:

Post a Comment