Showing posts with label Jom Masak. Show all posts
Showing posts with label Jom Masak. Show all posts

Wednesday, 30 May 2012

Old Timer Choc Cake - favourite semua !

salam ukhwah dan salam perkenalan mama yani tujukan buat sahabat-sahabat sekalian,
Alhamdulillah..buat anak-anak di Malaysia, sekarang ni musim cuti sekolah..seronok ye..mama pun tumpang seronok juga...bila cuti je, selalu orang akan tanya nk pegi mana?nak buat apa cuti ni? plan nk ke mana? saya sendiri pun begitu juga..kalau di Malaysia, time cuti sekolah ni banyak kenduri orang kahwin, jadi boleh la makan nasi minyak ye..hehe..

Bagi saya sekeluarga pula, suami tak cuti macam cuti sekolah dan saya lah org yang bertanggungjawab mengatur rutin dan jadual anak-anak di rumah..kalau sahabat-sahabat tengok jadual yang ibu Lani buat itu, saya suka selitkan aktiviti memasak bersama anak-anak..kalau kita hantar kat kelas masakan,anak-anak pn akan diajar tuk masak kek/cookies/cuppies sebagai basic intro kepada bidang masak-memasak ni..so hari ni, saya nk kongsi 1 resepi choc cake..choc cake ni memang favourite kami sekeluarga, tambah2 anak sulung saya, adam memang suka choc cake..resepi ni saya dapat daripada bonda tercinta..sangat senang dan cepat..tiba-tiba kalau terasa nk makan, prepare bahan 10 minit, masak 10 minit ..dah boleh siap..hehehe..

Old Timer Choc Cake

Bah
1 3/4 cwn tepung naik sendiri
1 sk baking powder
1 sk bicarbonat soda
3/4 cwn cocoa powder

Cara-caranya;
  • Semua bahan A diayak dalam 1 mangkuk besar.
Bahan B;
2 biji telur
2 cwn brown sugar
1/2 cwn minyak
1 cwn susu cair
sedikit esen vanilla

1 cwn kopi panas - dimasukkan akhir sekali.

Cara-caranya;
  • Semua bahan B dicampurkan dalam 1 jug (saya pakai jug ikea warna putih)sbb senang nak tuang nanti.
  • Masukkan bahan B ke dalam bahan A (dalam mangkuk tadi). Kacau sebati dan akhir sekali masukkan 1 cwn kopi panas tadi.
  • Masukkan adunan dalam mangkuk (saya pakai pyrex), jgn pakai loyang ye sbb saya x bakar kek ni tapi saya guna microwave..
  • Microwave yang 1000w, 10 minit shj..jgn lebih sbb nanti overcooked pl..

macammana? cepat x.. hehe..sambil tunggu kek masak 10 minit..buat topping pula..

Topping choc cake;

1/4 cwn cocoa powder
2 sb butter
3 sb susu pekat manis (klau suka manis, lebihkan)
2 sb susu cair (kalau pekat, tambahkan sikit lagi)

Cara-caranya;

  • Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak dengan api sederhana sehingga sebati.
  • Bila kek dah masak, boleh tuangkan atas kek dan hias...

Macam mana? senang x..masa hias tu boleh ajak anak2 tuk hias kek tu..mesti diorang suka kan..
Ini kek yang saya buat masa potluck kat sekolah, kemudian..malam tu saya buat sekali lagi untuk sambutan hari guru sekolah adam & amnaa..





ok, happy cooking !!



Tuesday, 29 May 2012

Simple Fish Pie

Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua. semoga sihat-sihat selalu. Hari ini, ibu dan Aisya masak Fish Pie versi kami. Sangat simple, sangat mudah tetapi sangat menyelerakan. Resepi ini sahabat-sahabat boleh saja dapatkan di internet. banyak versi yang semuanya sangat menyelerakan. Resepi ini adalah olahan saya yang gelojoh nak siap cepat. heeee

Di UK, mereka kategoikan Fish Pie ni sebagai comfort food. Jadi hati-hati takut-takut terhabiskan satu dish. =D

FISH PIE

 Cara-caranya pula:
1. Tumis bawang bersama butter
2. Masukkan tepung kacau selama 30 saat sebelum masukkan susu perlahan-lahan---> kacau sehingga hilang 'lumpy'
3. Masukkan sayur-sayuran (brokoli,carrot,sweetcorn,coriander)
4. Perisakan dengan garam dan black pepper----> kuah akan menjadi lebih likat(creamy)---> kacau selama lebih kurang 6/8 minit. (sehingga kuah menjadi likat)---> api jangan terlalu kuat
5. Masukkan ikan dan masak beberapa minit (6-7 minit)
6. Siap, masukkan ke dalam ovendish

Topping: [Aisya minat buat bahagian ni]
1. Rebus kentang didalam air yang ditambah sedikit garam sehingga lembut.
2. Lenyek(mash) kan kentang bersama susu dan butter
3. Perisakan dengan garam dan black pepper.
4. Ratakan 'Mash potato' di atas 'filling' dan taburkan cheddar cheese
5. Bakar pada suhu 180 sehingga topping keperangan.

Sedia untuk di makan!!

Happy cooking =)