Sunday 2 December 2012

Tutorial DIY Monyet.

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua ye? kami sihat-sihat selalu. lama juga blog ini bersawang. Rasa cepat sangat boleh update dengan facebook page. Tapi tak puas. tak boleh tulis panjang-panjang.

Jadi seperti tajuk, saya ingin kongsikan tutorial membuat 'sock monkey'. banyak boleh dapat di internet. saya juga melihat cara-caranya di internet.

 Asal- asalnya saya teringin nak belikan hadiah Muslim Doll sempena Birthday Hana yang ke 2. Ada sejenis Muslim doll jual di sini harganya £25!! Terasa mahaiiiii...Maka maknye pon mencari cara nak Buat soft doll ni.. Namun pelik memang pelik, dari doll yang pakai tudung, jadi monyet!! macam mana??


Salam hari lahir buat anakanda Asmaa Hana bt Syahrul Nazrim. Semoga terus menjadi anak yang solehah, bahagia , berjaya di dunia dan di akhirat

Dollnya saya dah order dari sahabat saya dari Malaysia. Alhamdulillah. mungkin satu hari yang bertuah nanti insyaALLAH saya akan sambung buat doll. For now, monyet je yang saya ada. =D. Semoga 'Picture Tutorial' ini membantu ye.















Happy Sewing,

Warmest salam,
lani


Thursday 5 July 2012

Jadikan mereka golongan BERFIKIR bukan sekadar bijak bergeliga

“Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir” [Surah Ar-Ra’du :3]



Gunakanlah Alam sekitar yang Allah anugerahkan ini untuk menjadikan anak-anak kita menjadi golongan yang BERFIKIR bukan sekadar mendapat A. (talk yang diberikan oleh kakak yang sangat penuh ilmu dihati)

Pelbagai perkara boleh kita laksanakan dengan alam sekitar.

1. Pergi berjalan menikmati Alam: pantai, meredah hutan belantara, sungai, balik kampung, lihat kehidupan manusia di negara lain.
2. Mengorek dan melihat secara terperinci hidupan dalam tanah, tumbuhan akar, tumbuhan kolam,serangga, 
3. Bercucuk  tanam
4. Melihat kejadian alam secara terperinci: pembesaran berudu kepada katak (kami masih tidak dapat tangkap berudu di sini. sudah banyak kolam kami ziarahi=), beluncas kepada rama-rama)
5. Bercerita dan mendalami mengenai anggota badan sendiri---> besar topik ini )--> pecahkan mengikut kesesuaian umur

salam kasih

5 Easy way exercise with kids

Assalamualaikum wbt dan salam sayang.

Kita sering katakan kita tidak sempat untuk melakukan aktiviti jasmani. "ohhh dah lama tak bersenam".. ohhhh.. tiada masa" . Namun sedar atau tidak. kita sebenarnya terdedah kepada lambakan peluang untuk melaksanakan senaman. Yes, betul badan apabila sudah beranak pinak, sudah tidak sama lagi ketika kita di sekolah menengah dulu. Semua ini termasuk dalam proses penuaan. Namun kita masih boleh kekal aktif dan sihat sama seperti sekolah lagi. Malah bonus lagi, kita bertambah rajin dan proaktif kerana jadual kita padat dan ketat dengan kerja-kerja di rumah, tempat kerja dan sebagainya. Maka rebut peluang ini. sihatkan tubuh badan untuk meneruskan kemandirian sebagai khalifah dimuka bumi. Jomm!! Fun Fun Fun lillahi taala.



Nota untuk rujukan ketika malas melaksanakan kerja rumah: research done by Harvard University:

Make It Burn
Exactly how many calories are we burning while scrubbing? Here’s a breakdown of approximately how many calories we burn per cleaning activity per hour: 
  • Sweeping: 240
  • Packing/Unpacking: 220
  • Scrubbing floors on hands and knees: 325
  • Cleaning, light (dusting, wiping down counters, picking up clothes): 100
  • Cleaning, general (washing dishes, doing laundry): 200
  • Cleaning house, heavy effort (vacuuming, hanging laundry, repetitive bending over): 260
  • Child care: 205
  • Shoveling snow: 415
  • Raking lawn: 235
  • Mowing lawn: 325
  • Moving large household item: 400
  • Cooking: 150
  • Grocery shopping: 90
Semoga bermanfaat!!

Tuesday 3 July 2012

50 TV Free activities for kids

Assalamualaikum wbt.


Anak-anak kecil ini sememangnya sangat aktif. Biarkan mereka aktif dari tiada apa yang hendak dilakukan. Maka untuk kita sebagai ibu bapa, mempunyai pelbagai aktiviti yang mudah dan 'simple' amat membantu. Saya akan cuba senaraikan aktiviti-aktiviti yang mudah ini. Biarpun mudah. Tetapi bagi mereka sangat mengujakan!! Bermain sebelum anda cuba capai remote control TV.

1. Pretend Play: Cooking Klik disini
2. Pretend Play: Doctor-Doctor 
3. Pretend Play: Animal in the Jungle
5. Painting with water
6. Hand Painting
7. Finger painting
8. Play dough - modeling human, animal klik di sini
9. Play dough - modeling building
10. Play dough - food
11. Mewarna lukisan
12. Melukis dengan Kapur klik disini
13. Melukis wajah sendiri
14. Membaca buku
15. Berlari
16. Kejar-kejar
17. Hide and seek
18. Bermain Duplo
19. Bermain teddy bear-teddy bear picnic
20. Pooring and scooping pasta
21. Baking muffin
22. Turn up the music and dance and then stop the music [FREEEEZZ]
23. Splash water in the sink
24. play puddle after rain
25. Making music band using pots and pans
26. buat kolaj - haiwan klik sini
27. Buat kolaj keluarga
28. buat kolaj perabot di rumah : gunting dari katalog dan tampalkan. 
29. origami: kapal,kapal terbang, rumah
30. Pakai baju ibu bapa dan pretend play: mreka suka bergaya seperti hendak pergi kerja
31. Toy car wash
32. Basuh baju sendiri dan sidai
33. Main dalam bath tub (suka-suka sambil mandi)
34. Shaving cream is the best Bath Toy!! jika murah.
35. Blow Bubble
36. Go into a dark room and play with the torch light : main bayang-bayang
37. Main bayang-bayang di luar.
38. Basuh kereta ibu dan ayah
39. Basuh karpet: kesukaan saya masa kecil. seronok main gelongsor atas carpet basah.
40.Sing a song
41. Pretend nasheed
42.Visit pet store and see fish and hamster
43.Telefon atuk dan nenek
44. Cuddle
45. wrestling [gently pleasee---> boys]
46. kutip batu, daun semasa berjalan-jalan di luar
47. melihat serangga. semut, siput [berhati-hati]
48. Bantu dalam urusan rumah (masukkan baju dalam mesin basuh)
49.Melihat gambar percutian keluarga sambil bercerita
50. bermain puzzle
51. siram pokok bunga

Friday 8 June 2012

Bantu Anakanda pelajari 'sequence'

Assalamualaikum dan salam sayang. Semoga sihat selalu.

Pernahkah kalian dengar 'sequence and series' atau istilah janjang? Istilah istilah ini perupakan antara topik penting dalam Matematik Tambahan. Masihkah kau ingat? Haaa.. Perpeluh-peluh buat janjang masa sekolah dulu.

Namun kali ini saya ingin bincangkan kepentingan anak-anak kecil mengenal dan mempelajari Sequence ini. Sukar saya untuk terjemahkan 'sequence' dalam bahasa ibunda. Maafkan saya. Semoga sampai maksudnya. InsyaAllah.

Sequnce merupakan topik tidak kurang penting untuk anak-anak pelajari. Ianya bukan sahaja tertakluk kepada nombir sahaja. Ia termasuk juga dalam aktiviti-aktiviti harian.

Sebagai contoh, Apa yang aisya perlu buat sebelum makan? Selepas makan? Semua ini adalah Sequence.

Sequence merupakan keupayaan untuk individu meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Dengan mempelajari kemahiran sequence, ianya akan membantu anak-anak untuk memahami keadaan sekelilingnya beserta perbuatan yang perlu dilaksanakannya di tempat tersebut.

Maka, dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti sequence akan membuatkan prmbelajaran pasti menjadi lebih menarik disamping mengasah kemahiram motor mereka insyaAllah. (ehow)

Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan:

1. Flash card bergambar: guntingkan gambar sedang makan,gambar basuh tangan, gambar baca doa, gambar mngemas. Minta mereka susunkan.

Untuk anak-anak yang sedang belajar tentang wudu' dan solat, boleh guntingkan gambar-gambar cara-cara mengambil wudu' dan minta mereeka susunkan.

Gambar aktiviti sebelum tidur.

Gambar aktiviti sebelum ke sekolah

2. Sentiasa gunakan istilah-istilah sequence di rumah. Selepas, sebelum, before, after, next.

3. Selain aktiviti harian, selitkan juga tentang kejadian alam sekitar. Tentang bagaimana kejadian manusia, kejadian katak. Gunakan gambar, video, ayat Alquran untuk menambah imput dalam pembelajaran.

Gunakan link ini untuk percambahan idea. http://talibiddeenjr.wordpress.com/2009/01/22/preschool-and-above-sequencing-cardsactivities/

4. Jangan takut untuk mencari resourses dari internet. Terdapat banyak printable, manfaatkan juga youtube. Siapkan apa yang ingin dilaksanakan terlebih dahulu agar tidak terbuangi masa meng'google' aktiviti.

Berikut merupakan aktiviti kami berkenaan sequence pada hari ini. Saya cuba kenalkan aisya 'what color comes next'. After blue, would be yellow. Alhamdulillah kedua-dua mereka sangat contented selepas aktiviti ini.

Thursday 7 June 2012

Menulis alif ba ta

Asssalamualaikum wbt dan salam kasih buat semua. Bagaimana dengan aktiviti anakanda hari ini? Biar sikit asal bermanfaat insyaAllah.

Untuk hari ini saya sedikit bercelaru. Point to take on: perlu lebih bersistem. Susun jadual harian in 'advance'. Susun jadual mengikut kepentingan. 'Priority'.

Untuk hari ini, anak saya berdua bermain bertemakan Alif Ba Ta. Aktiviti untuk hari ini:



1) Playdough turn to alif ba ta and sa
2) Belajar menulis alif ba ta dari printable berikut: http://bam.raudhatulmuhibbin.org/2009/07/belajar-menulis-huruf-hijaiyah-1.html

Di laman ini juga boleh print huruf hijaiyyah beserta baris. Jadi mudah untuk mengajar anak-anak. Saya amat syorkan laman ini. Tiada masalah dengan bahasa indonesianya. Mudah faham insyaAllah.

Selamat bermain sambil belajar

InsyaAllah.

Wednesday 30 May 2012

Old Timer Choc Cake - favourite semua !

salam ukhwah dan salam perkenalan mama yani tujukan buat sahabat-sahabat sekalian,
Alhamdulillah..buat anak-anak di Malaysia, sekarang ni musim cuti sekolah..seronok ye..mama pun tumpang seronok juga...bila cuti je, selalu orang akan tanya nk pegi mana?nak buat apa cuti ni? plan nk ke mana? saya sendiri pun begitu juga..kalau di Malaysia, time cuti sekolah ni banyak kenduri orang kahwin, jadi boleh la makan nasi minyak ye..hehe..

Bagi saya sekeluarga pula, suami tak cuti macam cuti sekolah dan saya lah org yang bertanggungjawab mengatur rutin dan jadual anak-anak di rumah..kalau sahabat-sahabat tengok jadual yang ibu Lani buat itu, saya suka selitkan aktiviti memasak bersama anak-anak..kalau kita hantar kat kelas masakan,anak-anak pn akan diajar tuk masak kek/cookies/cuppies sebagai basic intro kepada bidang masak-memasak ni..so hari ni, saya nk kongsi 1 resepi choc cake..choc cake ni memang favourite kami sekeluarga, tambah2 anak sulung saya, adam memang suka choc cake..resepi ni saya dapat daripada bonda tercinta..sangat senang dan cepat..tiba-tiba kalau terasa nk makan, prepare bahan 10 minit, masak 10 minit ..dah boleh siap..hehehe..

Old Timer Choc Cake

Bah
1 3/4 cwn tepung naik sendiri
1 sk baking powder
1 sk bicarbonat soda
3/4 cwn cocoa powder

Cara-caranya;
  • Semua bahan A diayak dalam 1 mangkuk besar.
Bahan B;
2 biji telur
2 cwn brown sugar
1/2 cwn minyak
1 cwn susu cair
sedikit esen vanilla

1 cwn kopi panas - dimasukkan akhir sekali.

Cara-caranya;
  • Semua bahan B dicampurkan dalam 1 jug (saya pakai jug ikea warna putih)sbb senang nak tuang nanti.
  • Masukkan bahan B ke dalam bahan A (dalam mangkuk tadi). Kacau sebati dan akhir sekali masukkan 1 cwn kopi panas tadi.
  • Masukkan adunan dalam mangkuk (saya pakai pyrex), jgn pakai loyang ye sbb saya x bakar kek ni tapi saya guna microwave..
  • Microwave yang 1000w, 10 minit shj..jgn lebih sbb nanti overcooked pl..

macammana? cepat x.. hehe..sambil tunggu kek masak 10 minit..buat topping pula..

Topping choc cake;

1/4 cwn cocoa powder
2 sb butter
3 sb susu pekat manis (klau suka manis, lebihkan)
2 sb susu cair (kalau pekat, tambahkan sikit lagi)

Cara-caranya;

  • Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak dengan api sederhana sehingga sebati.
  • Bila kek dah masak, boleh tuangkan atas kek dan hias...

Macam mana? senang x..masa hias tu boleh ajak anak2 tuk hias kek tu..mesti diorang suka kan..
Ini kek yang saya buat masa potluck kat sekolah, kemudian..malam tu saya buat sekali lagi untuk sambutan hari guru sekolah adam & amnaa..





ok, happy cooking !!