Tuesday 19 July 2011

My Ramadhan...Ahlan wa sahlan Ramadhan

Assalamualaikum wbt dan salam sayang.. semoga sentiasa sihat-sihat selalu...

Ramadhan...MasyaALLAh lagi beberapa hari lagi menjelang Ramadhan... sudah bersediakah kita? bagaimana kondisi mental dan emosi? sememangnya nampak mudah sahaja puasa... tidak perlu makan dan minum ..kemudian buka puasa..pergi terawih. Namun kita mahukan LEBIH dari itu. jika boleh kita mahukan Ramadhan yang kualiti..penuh manfaat, bukan sahaja buat diri kita sendiri, malah kepada seluruh keluarga dan insan sekeliling. Sebagai contoh; ada juga insan yang masih tidak dapat menahan kemarahannya semasa bulan puasa. dan ada juga insan yang berjaya membuat perubahan. lebih sabar dan tenang. Ini yang kita harapkan insyaALLAH.

Bagaimana persediaan kita untuk anak-anak agar Ramadhan mereka juga turut berkualiti dan penuh manfaat? [saya tidak dapat melakukan praktikalnya lagi, namun saya cuba untuk sampaikan beberapa aktiviti yang boleh dilaksanakan, berdasrkan pengalaman saya sebagai anak suatu ketika dahulu dan juga sumber internet.insyaALLAH.




Subhanallah Alhamdulillah saya jumpa satu website ini yang penuh dengan aktiviti buat anak-anak. Malah aktiviti yang diberikan adalah mengikut hari. Maka sepanjang bulan Ramadhan sudah tersedia aktiviti buat mereka. Terdapat 30 Lesson Plans untuk dilaksanakan bersama anak-anak. Selain daripada itu, untuk satu hari pula, dibahagikan juga kepada beberapa pecahan aktiviti. Maka ibu bapa boleh pecahkan aktiviti-aktiviti ini kepada PAGI,TENGAHHARI dan PETANG.

Selain itu, ingin juga saya kongsikan beberapa aktiviti yang dekat di hati ini.

1. Masak bersama-sama untuk juadah berbuka puasa. sebagai kanak-kanak suatu masa dulu, saya selalu juga ditugaskan untuk buat air. Saya suka buat air oren. selain itu, ada juga air soya dan dicampur dengan air cincau. memang seronok. lebih-lebih lagi air memang laku masa buka puasa. Cuba libatkan sedikit anak-anak dalam aktiviti memasak.

2. Selain itu, Kami adik-beradik juga gemar menghantar kad hari raya kepada rakan-rakan, tok,wan dikampung. Kemudian tidak ketinggalan kami menghias rumah dengan kad-kad hari raya yang kami dapat. Ibu bapa juga boleh selitkan aktiviti ini sepanjang aktiviti. Malah kita boleh buat kad hari raya sendiri. Minta anak-anak tuliskan ucapan selamat berpuasa dan selamat hari raya, mohon kemaafan dan hantarkan kepada keluarga jauh di Malaysia [buat yang berada di perantauan].

3. Pergi solat teraweh dimasjid. Tidak kira kecil mana anak anda, cuba untuk membawa mereka ke masjid. Masjid adalah untuk semua. semasa zaman rasulullah, tidak pernah baginda marah anak-anak di dalam masjid. Namun kita boleh nyatakan kepada anak-anak yang telah faham, agar beradab dan berakhlak sepanjang berada di masjid.

4 Buat Kuih RAya!! ini merupakan masa yang dinanti-nantikan semasa ramadhan. terdapat beberapa resepi simple yang mudah dilaksanakan oleh anak-anak: biskut choc chip, bickut cornflakes, biskut mazola [kita bancuhkan dan mereka boleh buatkan bola-bola]---> jika berkesempatan saya akan tuliskan resepi.

5. Beli baju raya!! [ibu bapa boleh benarkan anak-anak untuk membuat pilihan sendiri. sangat mengujakan]


 Untuk semua aktiviti-aktiviti di atas, perkara penting adalah untuk ibu bapa selitkan [tidak perlu terlalu tertekan untuk memberikan lecture dan sebagainya] cuba berikan intipati ramadhan itu sendiri secara bersahaja dan santai. ceritakan erti ramadhan. apa peristiwa semasa bulan ramadhan contoh, turunnya al-quran, lailatulqadar.


semoga bermanfaat buat semua. SALAM RAMADHAN


No comments:

Post a Comment