Friday 8 June 2012

Bantu Anakanda pelajari 'sequence'

Assalamualaikum dan salam sayang. Semoga sihat selalu.

Pernahkah kalian dengar 'sequence and series' atau istilah janjang? Istilah istilah ini perupakan antara topik penting dalam Matematik Tambahan. Masihkah kau ingat? Haaa.. Perpeluh-peluh buat janjang masa sekolah dulu.

Namun kali ini saya ingin bincangkan kepentingan anak-anak kecil mengenal dan mempelajari Sequence ini. Sukar saya untuk terjemahkan 'sequence' dalam bahasa ibunda. Maafkan saya. Semoga sampai maksudnya. InsyaAllah.

Sequnce merupakan topik tidak kurang penting untuk anak-anak pelajari. Ianya bukan sahaja tertakluk kepada nombir sahaja. Ia termasuk juga dalam aktiviti-aktiviti harian.

Sebagai contoh, Apa yang aisya perlu buat sebelum makan? Selepas makan? Semua ini adalah Sequence.

Sequence merupakan keupayaan untuk individu meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Dengan mempelajari kemahiran sequence, ianya akan membantu anak-anak untuk memahami keadaan sekelilingnya beserta perbuatan yang perlu dilaksanakannya di tempat tersebut.

Maka, dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti sequence akan membuatkan prmbelajaran pasti menjadi lebih menarik disamping mengasah kemahiram motor mereka insyaAllah. (ehow)

Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan:

1. Flash card bergambar: guntingkan gambar sedang makan,gambar basuh tangan, gambar baca doa, gambar mngemas. Minta mereka susunkan.

Untuk anak-anak yang sedang belajar tentang wudu' dan solat, boleh guntingkan gambar-gambar cara-cara mengambil wudu' dan minta mereeka susunkan.

Gambar aktiviti sebelum tidur.

Gambar aktiviti sebelum ke sekolah

2. Sentiasa gunakan istilah-istilah sequence di rumah. Selepas, sebelum, before, after, next.

3. Selain aktiviti harian, selitkan juga tentang kejadian alam sekitar. Tentang bagaimana kejadian manusia, kejadian katak. Gunakan gambar, video, ayat Alquran untuk menambah imput dalam pembelajaran.

Gunakan link ini untuk percambahan idea. http://talibiddeenjr.wordpress.com/2009/01/22/preschool-and-above-sequencing-cardsactivities/

4. Jangan takut untuk mencari resourses dari internet. Terdapat banyak printable, manfaatkan juga youtube. Siapkan apa yang ingin dilaksanakan terlebih dahulu agar tidak terbuangi masa meng'google' aktiviti.

Berikut merupakan aktiviti kami berkenaan sequence pada hari ini. Saya cuba kenalkan aisya 'what color comes next'. After blue, would be yellow. Alhamdulillah kedua-dua mereka sangat contented selepas aktiviti ini.

No comments:

Post a Comment