Thursday 5 July 2012

Jadikan mereka golongan BERFIKIR bukan sekadar bijak bergeliga

“Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir” [Surah Ar-Ra’du :3]



Gunakanlah Alam sekitar yang Allah anugerahkan ini untuk menjadikan anak-anak kita menjadi golongan yang BERFIKIR bukan sekadar mendapat A. (talk yang diberikan oleh kakak yang sangat penuh ilmu dihati)

Pelbagai perkara boleh kita laksanakan dengan alam sekitar.

1. Pergi berjalan menikmati Alam: pantai, meredah hutan belantara, sungai, balik kampung, lihat kehidupan manusia di negara lain.
2. Mengorek dan melihat secara terperinci hidupan dalam tanah, tumbuhan akar, tumbuhan kolam,serangga, 
3. Bercucuk  tanam
4. Melihat kejadian alam secara terperinci: pembesaran berudu kepada katak (kami masih tidak dapat tangkap berudu di sini. sudah banyak kolam kami ziarahi=), beluncas kepada rama-rama)
5. Bercerita dan mendalami mengenai anggota badan sendiri---> besar topik ini )--> pecahkan mengikut kesesuaian umur

salam kasih

No comments:

Post a Comment