Monday 1 November 2010

Mengenal warna

Assalamualaikum wbt.

Salah satu daripada konsep matematik yang boleh dilaksanakan pada waktu kecil adalah kebolehan 'Menyusun'

Simple sorting and classification are fundamental concepts that help children to organize their thinking about the real world (Reys, 1995). For example, with the development of simple sorting and classifying, children begin to differentiate between plants and animals, day and night, circle and square, and one and ten. Children begin to apply logical thinking to objects, events and mathematical concepts they encounter.
[http://findarticles.com/p/articles/mi_qa3673/is_1_125/ai_n29134301/?tag=content;col1]

Ibu-bapa juga boleh menyediakan medium untuk anak-anak kecil belajar sambil bermain. InsyaALLAH berikut merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilaksanakan.

Mengenal Warna.

Bahan-bahan:
Bahan-bahan berikut diperlukan oleh ibu bapa untuk membuat 'Alat Bantu Mengajar' untuk aktiviti ini.
1. 2 Kotak kecil
2. Gambar-gambar untuk di susun [jika mahukan gambar yang saya gunakan, boleh email saya]
3. kertas warna [hijau,biru,kuning,merah]

Cara-cara:
1. Printkan gambar-gambar pada kertas warna yang berlainan.
2. Gunting dan laminatekan untuk tahan lama.
3. Kotak dibuat lubang dan saya balutkan dengan plastik.

IMAG0247

Cara Bermain.
1. Tunjukkan kepada anak-anak warna-warna yang digunakan.
2. Minta mereka menyebutkannya beberapa kali. Tidak mengapa salah, tapi teruskan usaha mengajar mereka. Jangan terlalu mendesak, anggap ini adalah permainan.
3. Ibu bapa pilih 2 kategori warna. Letakkan di atas kotak
4. Minta anak-anak susun gambar-gambar mengikut warna yang telah dipilih oleh ibu bapa tadi.
5. Berikan galakan atas kejayaan mereka.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment