Assalamualaikum wbt
Topik yang sama juga saya cuba laksanakan buat anak-anak berusia bawah 2 tahun:
Beautiful Me
Bahan-bahan:
Bahan-bahan ini diperlukan oleh ibu bapa untuk membuat 'alat bantu mengajar' sebelum melaksanakan aktiviti dengan anak-anak.
1. kertas warna merah, hitam, putih, choc muda,
2. marker
3. gunting
4. double sided tape
5. magnet
Cara-cara:
1. Dengan menggunakan kertas warna, lukiskan anggota pada wajah seperti mata, hidung, telinga, mulut, gigi, rambut dan wajah
2. Gunting setiap anggota dan lukiskan 'outline' dengan menggunakan marker untuk menaikkan hasil lukisan anggota tersebut.
3. Laminatekan setiap anggota wajah tersebut untuk tahan lama.
4. lekatkan magnet di belakang setiap anggota
Untuk anak-anak kecil, mereka lebih banyak suka bermain. Maka permainan ini adalah untuk mereka mengenali anggota badan mereka. Ini adalah permainan kegemaran anakanda saya ketika didapur [saya gunakan peti sejuk sebagai white board =)]
semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment