Sunday 15 May 2011

Mari mendengar dan membuat 'Shakers'

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kanak-kanak tidak dinafikan amat gembira dengan rentak dan irama. Malah mereka juga belajar bahasa melalui lagu. sebagai contoh nasyid alif ba ta, 'nursery rhyme', nasyid kanak-kanak dan pelbagai lagi.

Namun untuk aktiviti kali ini, saya ingin menerapkan konsep mendengar dan menganalisa dalam diri anak-anak.

Bahan-Bahan
1. Sedikit beras
2. Batu kecil
3. 2 Botol kosong
4. Selotape
5. Periuk belanga
6. Baldi
7. Senduk kayu.

AKTIVITI:
1. MEMBUAT 'SHAKERS'

#Masukkan beras ke dalam botol kosong dan pastikan penutup ditutup kemas. Boleh kejapkan dengan menggunakan selotape.
#Lakukan perkra yang sama pada batu-batu kecil
#Boleh juga membuat 'Shakers' dengan menggunakan bahan lain seperti: pasta, bijirin malah selain daripada botol, boleh juga gunakan tin kosong.

2. Mainkan 'shakers'. Dapatkah anak-anak membezakan antara kedua-dua bunyi tersebut?

3. 'Shakers' juga boleh digunakan semasa mendengar lagu-lagu kegemaran anak-anak anda. Mereka pasti gembira tersenyum malah melompat kegirangan.

4. Untuk konsep mendengar yang lain pula, berikan kepada anak-anak periuk belanga. Biarkan mereka mengetuk-ngetuk dengan menggunakan senduk kayu. Selang selikan periuk belanga dengan baldi, agar mereka dapat mendengar kelainan bunyi bagi kedua-dua bahan ini.

Happy Shaking!

No comments:

Post a Comment