Thursday 7 October 2010

Ciptaan ALLAH : Manusia

Assalamualaikum wbt.

Objektif utama bagi aktiviti kali ini adalah untuk menerapkan bahawa:

ALLAH itu MAHA PENCIPTA.

Saya cuba pecahkan kepada beberapa aktiviti bagi topik ini untuk menjadikannya menarik dan santai buat anak-anak.

1.Ciptaan ALLAH: Manusia
2.Ciptaan ALLAH: Haiwan
3.Ciptaan ALLAH: Alam sekeliling

Mari kita mulakan dengan aktiviti pertama, InsyaALLAH

CIPTAAN ALLAH: Manusia
1. Kumpulkan anak-anak untuk memulakan aktiviti. Mulakan dengan membaca Bismillah dan doa penerang hati.
2. Mulakan topik ini dengan memberikan sekeping gambar kepada setiap kanak-kanak [jika bilangan kanak-kanak adalah kecil, hanya berikan gambar kategori lelaki atau perempuan bukan kedua-duanya]: gambar-gambar itu adalah: bayi, bayi berusia 1-2 tahun, kanak-kanak lelaki, kanak,kanak perempuan, remaja lelaki, remaja perempuan, lelaki dewasa, perempuan dewasa, orang tua lelaki dan orang tua wanita[ibu bapa boleh mencari gambar ini di majalah lama atau internet. Gunting dan gam kan gambar tersebut pada sekeping kertas tebal. Boleh dilaminatekan untuk tahan lama]
3. Minta kanak-kanak beritahu gambar apa yang dipegang. Ibu bapa boleh membantu atau minta pandangan anak-anak yang lain. Selesai sahaja kanak-kanak itu menceritakan mengenai gambar tersebut tanyakan siapa yang menciptakan [ie:bayi] itu? [jawapannya ALLAH]. Laksanakan untuk kanak-kanak seterusnya.
4. Setelah selesai, minta anak-anak susunkan gambar pertumbuhan manusia itu mengikut urutan daripada bayi hingga orang tua. [menerapkan konsep kerjasama dalam diri anak-anak]. Tanyakan: Siapa yang menciptakan mereka semua? sambil menunjukkan kepada gambar [ALLAH]. Siapa yang menciptakan kita? [ALLAH]

5. Aktiviti kraf: Little Me

Bahan-bahan:
1. Pinggan Kertas
2. Kertas warna
3. Gum
4. Gunting

Cara-cara:
1. Dengan menggunakan pinggan kertas, minta kanak-kanak buatkan wajah mereka dengan menggunakan kertas warna untuk membuat mata,hidung,rambut dan sebagainya. Jika rambut mereka kerinting, bantu mereka untuk membuat 'curl' kertas dengan menggulungkan kertas pada pensel terlebih dahulu.
2. Puji setiap usaha mereka. Cuba untuk pamerkan hasil usaha mereka.
3. Sepanjang aktiviti, ungkapkan Allah menciptakan kita pelbagai rupa, ada yang berambut lurus, ada yang berambut kerinting, ada yang berkulit gelap, ada yang berkulit cerah. Allah maha Pencipta. Dia mampu menciptakan apa sahaja yang diinginiNya.

IMAG0238

Selamat mencuba.




No comments:

Post a Comment