Thursday 26 May 2011

Oh, Bas Saya

Assalamualaikum wbt.

Untuk aktiviti ini, ianya adalah berterusan dari aktiviti dari artikel sebelum ini 'Mari Naik Bas'. Namun kali ini, ianya khas buat anak-anak yang lebih kecil. Anak-anak dewasa boleh juga membuat aktiviti ini, malah mereka psti dapat hasilkan bas yang lebih kreatif.

Bahan-bahan:
1. Satu Kotak besar
2. Kertas warna
3. Gum
4. Gunting

Cara-Cara:
1. Mulakan Bismillah seperti biasa sebelum mulakan aktiviti.
2. Terangkan hari ini kita akan membuat bas daripada kotak ini.
3. Boleh mulakan gunting bentuk tingkap, roda, wipers, [boleh juga koyakkan kertas bersama anak-anak jika tidak mahu menggunakan gunting]
4. Tampalkan bersama-sama bentuk tingkap, roda kepada kotak.
5. Apabila telah siap, biarkan mereka bermain dengan bas mereka. boleh juga bermain bersama-sama mereka dengan menolak kotak tersebut.
6. Boleh juga mainkan lagu the wheels on the bus untuk membuatkan suasana lebih menyeronokkan.



sekian =)

1 comment: