Thursday 26 May 2011

Mari Naik Bas

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Untuk kali ini, saya ingin berkongsi beberapa aktiviti berkaitan dengan KENDERAAN.Kanak-kanak sangat menggemari kenderaan. Lihat saja bagaimana gembiranya mereka dengan Thomas and Friends dan lagu 'The Wheels on The Bus' .

THE WHEELS ON THE BUS

Bahan-Bahan:

1. Beberapa Kerusi [kami guna 5 kerusi meja makan]
2. Jika tiada ramai kanak-kanak, boleh gunakan teddy bears.
3. Tiket [buat daripada kertas keras]
4. Topi pemandu bas [boleh gunakan apa sahaja topi]
4. Muzik 'The Wheels on The Bus'

Cara-cara:
1. Mulakan dengan menyusun kerusi-kerusi. 4 di belakang dan 1 di hadapan [kerusi pemandu]
2. Main bersama-sama. Ibu/bapa boleh ber'lakon' sebagai penumpang bas atau pun pemandu bas. Pemandu bas boleh memakai topi. Semua penumpang haruslah beratur dahulu sebelum masuk ke dalam bas.
3. Apabila seorang penumpang masuk, pemandu harus berikan tiket ----> lebih seronok kalau boleh 'stamp' tiket tersebut.[untuk anak-anak yang lebih dewasa, boleh juga selitkan proses bayaran tiket menggunakan 'pretend money']
4. Apabila seorang penumpang masuk, boleh juga sama-sama kira "berapa penumpang di dalam bas?" . Penumpang boleh masuk seorang demi seorang .
5. sepanjang permainan boleh pasangkan lagu 'the wheels on the bus'.



Aktiviti ini padat dengan faedah: Antaranya, kita dapat meningkatkan kebolehan mereka berimaginasi dan berkreatif melalui 'pretend play' ini, seterusnya meningkatkan kebolehan mereka berinteraksi. Selain itu, dari anak-anak juga dapat meningkatkan kemahiran matematik mereka dengan cara yang sangat menyeronokkan. Untuk anak-anak yang lebih dewasa, boleh meningkatkan kemahiran mereka dalam 'tambah' dan 'tolak' melalui pertambahan penumpang dan pengurangan penumpang. Malah lebih menyeronokkan dengan penggunaan 'pretend money'. Tidak perlu merumitkan permainan ini. Ibu bapa boleh sesuaikan mengikut tahap anak-anak. Mudah-mudahan bermanfaat.



No comments:

Post a Comment