Assalamualaikum wbt.. Semoga semuanya sihat sejahtera insyaALLAH
Untuk aktiviti kali ini,saya memperkenalkan perkataan SUBHANALLAH. Terdapat banyak lagi ungkapan yang perlu diterapkan sebagai contoh: Bismillah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, MasyaALLAH dan banyak lagi zikrullah yang lain. ianya merupakan salah satu daripada impian saya buat anak-anak muslim sekalian. Sangat membahagiakan jika sebutan-sebutan ALLAh ini melekat dan sebati dalam diri mereka. Maka di sini, mari kita sama-sama berusaha supaya 'first word' anak-anak kita adalah kalimah 'ALLAH' dan kehidupan seharian mereka fasih dengan kalimah-kalimah memuji ALLAh yang Maha Kuasa.
MARI MENYEBUT SUBHANALLAH
1. Mulakan circle dengan memberi Salam dan membaca Bismillahirrahmanirrahim.
2. Nyatakan hari ini kita akan menceritakan tentang perkara-perkara yang cantik di muka bumi ALLAH. Bawa anak-anak keluar ke alam sekitar.
3. Bincangkan tentang perkara-perkara berikut sepanjang berada di luar.
#Minta mereka nyatakan objek ciptaan ALLAh yang cantik. [dapatkan jawapan sebanyak mungkin]: burung, pelangi, kucing.[pada peringkat ini, anak-anak yang ditanya sudah mengetahui objek ciptaan ALLAH dan objek ciptaan manusia]
#Siapa yang menciptakan semua yang cantik itu?
#Apa yang patut kita sebutkan apabila melihat sesuatu yang cantik?
#Kenapa kita perlu sebut subhanallah? [Supaya kita sentiasa ingat tentang kebesaran ALLAh yang menciptakan semua yang cantik ini.
4. Bawa anak-anak masuk kembali ke dalam rumah.
5. Perkenalkan Projek Kraf:
#Anak-anak di minta untuk melukis satu gambar yang menunjukkan ciptaan ALLAh yang cantik. Contoh: Bunga, Permandangan, manusia cantik, haiwan,bulan, bintang,
#Ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti ini terlebih dahulu: lukis gambar bintang, koyakkan kertas tisu [tisu paper] dan tampalkan pada gambar tersebut [seperti kolaj].
#Minta anak-anak mengahsilkan karya mereka.
Berikan penghargaan terhadap semua usaha anak-anak dan berikan sticker penghargaan di atas gambar tersebut dan tampalkan gambar-gambar di dinding dengan menggunakan bluetag/pin/selotape. Sentiasa sebutkan perkataan Subhanallah sepanjang aktiviti dan di hari-hari seterusnya.
Subhanallah... =D
------------------------------------------------------------------------
Aktiviti ini difokuskan buat anak-anak yang telah dewasa 6 tahun ke atas. Namun buat si kecil cilik, boleh minta mereka untuk mengutip bahan-bahan semula jadi seperti daun yang luruh. semasa aktiviti kraf, ajarkan mereka untuk menampal daun-daun yang telah dikutip sebentar tadi.. MasyaALLAH what a bless..
ALHAMDULILLAH semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment