Thursday 23 September 2010

I love Allah – Allah Made Everything [Allah Maha Pencipta]

1. Mulakan ‘circle’ dengan memberi salam dan membaca Bismillahirrahmanirrahim.Ibu bapa juga boleh mula ajarkan kepada anak-anak doa penerang hati supaya ianya menjadi kebiasaan bagi anak-anak untuk mengharapkan bantuan dari ALLAH.
2. Ibu bapa boleh mulakan dengan memperkenalkan lagu : Head, Shoulders, Knees and Toes [saya ada letakkan video yang digemari oleh anak saya]. Anak-anak sukar untuk mengikut lagu ini buat pertama kali. Tapi jika setiap kali kita ajarkan mengenai anggota badan, selitkan lagu ini. InsyaALLAh dia akan lebih teruja bersemangat.



Untuk topik ALLAH Maha Pencipta ini, antara aktiviti yang boleh dilaksanakan

Selepas mulakan dengan lagu 'Head Shoulder Knees and toes, mulakan perbincangan ringkas dan menarik dengan anak-anak:
• Tunjukkan mata, Tanya siapa penciptanya
• Tunjukkan toes tanya siapa penciptanya
• Tunjukkan lidah siapa penciptanya
• Semuanya boleh dirasa di pegang, minta anak anda teka adakah benda di dunia ini yang boleh di rasa tetapi tidak boleh dilihat? [jawapannya seperti :angin]
• Tanya siapa pencipta angin

4. kalau cuaca mengizinkan,cuba bawa anak-anak keluar ke alam semula jadi, Tanya apa yang mereka lihat ciptaan Allah dari alam semula jadi. Ingatkan kewujudan langit,awan,air semuanya adalah ciptaan Allah.
• Tanyakan apa yang Allah cipta berwarna merah?
• Tanyakan apa yang Allah ciptakan berwarna kuning?
• Tanyakan apa yang Allah cipta berwarna-warni?
• Tanyakan siapa yang menciptakan haiwan?
• Tanyakan siapa yang menciptakan kita? Yang menciptakan kita pasti adalah yang sangat berkuasa. Tanyakan siapa yang peserta rasakan berkuasa, [jika mereka jawab [king,dinasour dll] tanyakan semula siapa yang menciptakan ..[king,dinasour ] itu..? tentu jawapannya ALLAH. Jadi ALLAHlah yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa.

semoga bermanfaat.


1 comment:

  1. saya rasa sgt beruntung dpt bertemu dgn blog ini. sgt byk manfaat! terima kasih admin

    ReplyDelete