Thursday 23 September 2010

Look! Fish blup..blup..blup..

Assalamualaikum wbt

Kita sering dengar tentang perkataan "Milestone"... "Development Milestones" dan bermacam-macam lagi perkataan yang berkaitan dengan perkembangan anak-anak. Ibu bapa boleh mengetahui tahap perkembangan ini melalui pelbagai bacaan dari website mahupun buku-buku. www.howkidsdevelop.com

Kita juga boleh mainkan peranan dalam membantu dalam perkembangan ini. Jadi aktiviti-aktiviti yang BERKUALITI buat anak yang berusia kurang dari 2 tahun juga amat penting dalam menjana minda dan karakter anak-anak. Tidak dinafikan anak-anak kecil juga sangat gemar menonton cartoon/animasi yang berwarna-warni. [Anak saya tidak berkecuali =)] Jadi sama-sama kita berusaha seimbangkan kesemua aktiviti untuk kebaikan dan jadikan semuanya sebagai 'part of learning' buat mereka. InsyaALLAH

Berbalik kepada tajuk 'entry' "LOOK! Fish..Blup..Blup..Blup"..

Bahan-Bahan:

1.Stokin lama [saya gunakan stokin anak-anak, lebih kecil dan senang untuk mereka pegang]
2. Getah
3. Beans
4. Marker
5. carton susu
6. Bekas plastik

Cara-cara:
Anda boleh minta anak masukkan beans ke dalam stokin. apabila hampir penuh, Ikatkan dihujung stokin. lukiskan mata dan mulut ikan.



Aktiviti yang boleh dilaksanakan.

1. Minta anak cedok ikan [saya gunakan term 'catch the fish'] dan masukkan ke dalam bekas plastik. Sambil 'catch' boleh bilang ikan. 'one fish', 'Two fishes'...




2. Kami juga gunakan ikan untuk permainan 'Fish goes back into the water'. Untuk permaian ini, kami membaling ikan ke dalam baldi yang agak besar. Kami juga membaling dari ketinggian yang berbeza. Dari atas kerusi,sofa, berdiri dan duduk.

InsyaALLAH mereka sangat gembira dan kita juga turut gembira..

'Mums happy, kids happy..vice versa'

Semoga aktiviti ini membantu perkembangan anak-anak kita dari segi 'fine motor skill, [math] matematik dan [language] bahasa InsyaALLAH.


No comments:

Post a Comment