Thursday 23 September 2010

Bahtera Nabi Nuh

Assamualaikum wbt.

1. Mulakan penceritaan dengan memberi salam kepada anak-anak dan membaca Bismillahirrahmanirrahim. Jadikan perbuatan ini satu rutin setiap kali kita mulakan sebarang aktiviti bersama-anak-anak. Ibu-bapa juga boleh mula ajarkan doa penerang hati sejak anak-anak kecil lagi.

2. Kemudian bacakan cerita kisah Nabi Nuh. Ibu bapa boleh gunakan buku crita sirah Nabi, mahupun artikel dari internet. Berikut merupakan sumber bahan dari website yang sering saya gunakan:

1. Kisah_Nabi_Nuh


2. The Story of Nuh Buku ini terdapat gambar-gambar yang berwarna,boleh di print,di laminate dan di simpan 'for life' insyaALLAH. Malah buku ini terdapat juga soalan-soalan yang boleh diajukan sepanjang penceritaan. Alhamdulillah



3. Bincangkan persoalan-persoalan berikut semasa penceritaan (ajukan soalan kepada semua tanpa menyebut nama sesiapa,sesiapa yang menjawab, puji anak anda sambil menyebut nama mereka)
• Apa itu bahtera? Apa itu banjir?
• Siapa yang memerintahkan untuk Nabi Nuh membina bahtera?
• Kenapa tidak semua orang masuk ke dalam bahtera? *soalan-soalan boleh ditambah dan dikurangkan mengikut kesesuaian umur.

4. Memperkenalkan Projek Kraf:
• Berikan kepada anak-anak kertas A4 keras
• Tunjukkan cara membuat lipatan kapal
• Minta mereka menghias dan mewarnakan kapal tersebut. Dan menuliskan nama di kapal masing-masing.




5. Berikan penghargaan terhadap semua usaha .Boleh juga berikan sticker penghargaan di atas kapal tersebut dan tampalkan kapal-kapal di dinding dengan menggunakan bluetag/pin/selotape.


No comments:

Post a Comment