Sunday 26 September 2010

Ini Tangan kanan saya.

Assalamualaikum wbt.

"Eyypp..makan tangan kanan la"..."nooo...noooo..right hand"

Secara tidak sedar kita sebenarnya sering menyebut "NO" pada anak-anak. Namun pernahkah kita terfikir, adakah kita sudah mengajar anak yang kecil ini bahawa kita perlu makan tangan kanan? Cara terbaik menerapkan adab-adab adalah ketika kita melalui situasi tersebut. Sebagai contoh kita boleh ajarkan makan menggunakan tangan kanan,membaca Bismillah semasa makan.

Untuk mendidik adab-adab kita juga boleh melaksanakannya menerusi aktiviti yang menarik.

Aktiviti

'Right Hand painting' - minta anak tekapkan tangan kanan ke dalam warna air, kemudian tekapkan tangan kanan tersebut di atas kertas lukisan. gunakan 3/4 warna untuk hasil yang menarik.

sementara membuat 'Right Hand painting' ini, tanya kepada anak : tangan apakah yang kita gunakan semasa makan nasi? [jawapan: tangan kanan]. tanyakan lagi soalan-soalan yang berkaitan: tangan apakah yang kita gunakan semasa makan aiskrim? [tangan kanan] semasa makan kuih? [tangan kanan]. Buat kesimpulan, walau apapun makanan yang kita makan, sebagai orang islam kita makan melalui tangan kanan.


(aktiviti cop tangan kanan ini telah tersasar, anak saya nak cop menggunakan semua bahan yang ada.. =) )



No comments:

Post a Comment