Tuesday 5 October 2010

Selamat Hari Lahir 2

Assalamualaikum wbt

SELAMAT HARI LAHIR!

Untuk aktiviti ini, anak-anak akan diketengahakan dengan kuantiti nombor.

Secara tidak langsung, anak-anak juga akan mengenal diri mereka dengan lebih mendalam, tentang kelahiran dan tentang pengorbanan ibu yang melahirkan.

Bahan-bahan:

1.Plastisin atau 'homemade playdough'
2.Pelbagai jenis 'birthday card' (dengan angka umur yang berlainan)- ibu bapa boleh juga buat card ini sendiri dengan ayat : you are 1 today,happy birthday, happy sweet 17, pastikan nombor dihadapan kad dapat dilihat dengan jelas.
3.Lilin kek
4.Loyang kek/pinggan kertas jika melaksanakan aktiviti ini dengan sekumpulan kanak-kanak
5.Dadu

Aktiviti:
1. Kumpulkan anak-anak dalam bulatan. Letakkan bahan-bahan aktiviti di tengah-tengah bulatan untuk membuatkan mereka tertarik dengan aktiviti yang akan dilakukan.
2. Tanyakan kepada anak-anak bila tarikh lahir mereka. Tanyakan berapa umur mereka, siapa yang lahirkan mereka. Terangkan juga tentang mereka perlu sayang dan hormat ibu setelah penah lelah melahirkan mereka.
3. Minta mereka ceritakan apa yang mereka lakukan pada hari lahir mereka yang lalu. [untuk mengaktifkan perbualan]
4. Tunjukkan 'birthday card'. Bincangkan tentang nombor pada kad hari lahir itu.
5. Ajak anak-anak membuat model mini kek. Minta anak penuhkan loyang kek dengan model mini kek mereka. Apabila telah siap, tanyakan kepada mereka berapa kek yang mereka perlukan untuk memenuhkan loyang tersebut.
6. Minta mereka membaling dadu untuk mengetahui berapa batang lilin yang perlu diletakkan di atas kek mereka.
7. Tanyakan pula berapa batang lilin yang dia perlukan jika ini adalah kek hari lahirnya.

Semoga aktiviti ini memberi manfaat.


No comments:

Post a Comment