Thursday 30 September 2010

Senyum itu Sedekah

Assalamualaikum wbt

Aktiviti:

1. Ibu bapa boleh memulakan aktiviti dengan melukis gambar 'smiley face' dan 'sad face' di atas kertas lukisan. Bincangkan dengan anak-anak tentang gambar tersebut. Tanyakan wajah mana yang suka dipandang oleh manusia. Kenapa kita perlu senyum? [untuk elakkan pergaduhan, syakwasangka, supaya ibu bapa tidak risau, supaya keluarga kita gembira]. Tanyakan kepada mereka, apa perasaan mereka jika ibu bapa mereka berwajah masam dan sedih--> pertanyaan ini adalah untuk menambah kefahaman mereka untuk berwajah manis.

2. Terangkan juga senyum itu sedekah dan ianya adalah sunnah Rasulullah yang apabila kita melaksanakannya pada masa keadaaan yang sesuai, kita akan mendapat pahala.

'
#. Daripada Umar bin Al-Khatab R.A dia berkata.. “RasulluLLAH SAW tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya)
# Daripada Jabir bin Samurah RA..dia berkata .. “RasulluLLAH SAW tidak pernah tertawa selain daripada senyuman”(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Hakim).
# Daripada Abdullah bin Juz’,dia berkata .. “RasulluLLAH SAW tidak tertawa selain daripada senyuman.” (Riawayat At-Tirmidzi,dan menurutnya hadis ini hasan Ghorib)'


3. Giliran anak-anak buat smiley face mereka gunakan pinggan kertas. Minta mereka hiaskan 'smiley face' dengan bahan-bahan karf yang disediakan seperti riben, tali, glitter, magic colour, benang, kertas warna dan sebagainya.

4. Tunjukkan minat dan berikan bantuan jika mereka memerlukan. Puji setiap usaha mereka.

5. Galakkan anak-anak untuk senyum atau berwajah manis.

6. Boleh akhiri dengan nasyid dari Raihan: Senyum




7. Untuk hari-hari seterusnya: ingatkan anak-anak tentang senyum. Ingatkan mereka untuk berwajah manis. Untuk mengingatkan mereka ibu bapa boleh juga menampal hasil seni anak-anak.

No comments:

Post a Comment