Di rumah saya, penuh dengan katalog, majalah-majalah percuma, brochure, 'pamphlet',kalender dan bermacam-macam lagi.Saya cuba untuk tidak membuang kertas-kertas ini jika terdapat gambar-gambar yang lawa dan menarik. [tapi kalau terlalu banyak, tak tahan juga ye!]
Terdapat banyak kegunaan gambar-gambar ni, antaranya kolaj bergambar yang ingin saya kongsikan dalam entry kali ini.
Kolaj Saya!!
Bahan-bahan:
1. Gunting
2. Gum [kakak gemar guna glue stick]
3. gambar-gambar
4. kertas warna
5. color magic
Cara-Cara
1. Baca bismillah bersama-sama sebelum memulakan aktiviti.
2. Ceritakan kepada anak-anak bahawa kita akan membuat kolaj berkenaan: haiwan-haiwan atau barang-barang di dapur dan sebagainya. [pilih satu tema]
3. Guntingkan gambar. [jika anak anda sudah pandai menggunting, biarkan dia menggunting gambar-gambar tersebut].
4. Minta anak tampalkan gambar di atas kertas warna.
5. Kemudian, anak anda juga boleh menghiaskan kolajnya dengan color magic.
5. Kemudian, anak anda juga boleh menghiaskan kolajnya dengan color magic.
6. Puji hasil kolaj mereka. jika boleh tampalkan di dinding/ peti sejuk beberapa hari sebagai penghargaan.
Semoga bermanfaat =]
No comments:
Post a Comment